Sistem e-Mohon Projek Tambunan
Sistem eMohon Projek Daerah Tambunan merupakan sebuah platform digital yang direkabentuk bagi memudahkan permohonan, kelulusan dan pemantauan projek pembangunan di daerah Tambunan, Sabah. Sistem ini membolehkan pengguna — terutamanya penduduk kampung, pihak jabatan kerajaan tempatan, dan pengurusan daerah — menguruskan proses permohonan projek dengan lebih cekap, telus dan teratur.
Objektif
1. Memperkemas Proses
Mengurangkan penggunaan borang fizikal dan proses manual, sekaligus mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek.
2. Meningkatkan Ketelusan
Memastikan setiap permohonan dan status projek dapat dipantau secara atas talian oleh pemohon dan pihak berwajib.
3. Memudahkan Akses
Memastikan semua penduduk di daerah Tambunan boleh mengakses sistem berdasarkan kampung masing-masing melalui antaramuka mudah dan mesra pengguna.
4. Rekod dan Statistik
Menyimpan semua data permohonan projek dan statusnya untuk analisis, pelaporan dan pembuatan keputusan masa depan.

