Arkib Berita / Aktiviti

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Tambunan (Mesyuarat Bil.2/2026)

TAMBUNAN, 12 MAC 2026 - Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah Tambunan Bil.2/2026 telah diadakan pada 12 MAC 2026. Mesyuarat ini berfungsi menyelaras dan memantau pelaksanaan pembangunan daerah merangkumi infrastruktur, ekonomi, dan sosial. Mesyuarat ini memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan, menyelesaikan isu berbangkit, serta memperkukuh kerjasama antara agensi demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan Tahun 2026 (Mesyuarat Bil.2/2026)

TAMBUNAN, 6 APRIL 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Perayaan Pesta Kaamatan Daerah Tambunan Tahun 2026 diadakan bagi merancang, menyelaras dan melaksanakan persiapan sambutan Pesta Kaamatan di peringkat daerah. Mesyuarat ini melibatkan pelbagai jawatankuasa kecil bagi memastikan kelancaran program, termasuk aspek pengisian acara, logistik, keselamatan, promosi serta penglibatan komuniti, selaras dengan usaha memartabatkan budaya dan memperkukuh perpaduan masyarakat.

Pautan Pantas

CodePen - partners logo slider